SENARAI TUGAS
1 .Tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
a. Merancang aktiviti sekolah (Rancangan Jangka Panjang / Pendek).
b. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
c. Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
d. Menentukan takwim dan jadual aktiviti.
e. Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh.
f. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum
peringkat daerah/negeri/kebangsaan.
g. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual Kokurikulum.
h. Menentukan tarikh Kejohanan Olahraga sekolah, Merentas Desa, Hari
Kecemerlangan Kokurikulum dan kegiatan lain.
i. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
j. Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan elit dilaksanakan di
sekolah.
k. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan
yang akan digunakan.
l. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah
menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.
m. Memastikan semua tempat dan alat selamat digunakan oleh pelajar.
2 .Tanggungjawab Penolong Kanan Kokurikulum
a. Menentukan objektif gerak kerja kokurikulum sekolah tercapai.
b. Bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar gerak kerja kokurikulum sekolah.
c. Menyelaras dan meluluskan program tahunan setiap unit gerak kerja
kokurikulum
d. Memastikan supaya setiap unit gerak kerja kokurikulum berjalan dengan
lancar, berterusan dan berkesan.
e. Menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam perjalanan aktiviti kokurikulum.
f. Menyelaras dengan pihak sekolah peruntukan dan perbelanjaan aktiviti
kokurikulum.
g. Mengawal segala urusan kewangan bagi wang yang dikutip daripada pelajar.
h. Menerima laporan kedudukan stok dan inventori peralatan kokurikulum.
i. Menerima laporan kegiatan unit kokurikulum pada akhir tahun daripada
setiausaha kokurikulum, penolong setiausaha kokurikulum dan penyelaras penyelaras unit.
j. Memutuskan pengurniaan yang akan diberi kepada pelajar yang mencapai
taraf kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum.
3. Tanggungjawab Setiausaha Kokurikulum
a. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
b. Membantu Guru Besar dan GPK Ko Kurikulum dalam pengagihan tugas
kepada guru-guru, perancangan, pelaksanaan dan penilaian pelajar.
c. Mengurus pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti
persatuan/kelab/pasukan badan beruniform dan sukan/permainan.
d. Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti kokurikulum dipatuhi.
e. Memastikan rekod dan data diselenggara dengan baik.
f. Memastikan borang-borang kokurikulum yang digunakan dikemaskinikan dan
mencukupi.
g. Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum dan
mengadakan latihan dengan mereka.
4 .Tanggungjawab Setiausaha Sukan
a. Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah.
b. Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti
PKP/MSSN/MSSM.
c. Membantu Guru Besar dan GPK Ko Kurikulum mengagih tugas baru dalam
olahraga dan permainan.
d. Menetapkan pelajar dalam Rumah Sukan.
e. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan.
f. Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
g. Mengurus dan menjaga keselamatan semua perlatan sukan sekolah.
h. Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan.
i. Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
j. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktivit sukan sekolah dan luar
sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod.
k. Sentiasa berbincang dengan Pengetua/Penolong Kanan Kokurikulum untuk
kepentingan sukan sekolah.
l. Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku
Rekod Pencapaian Sukan Sekolah.
m. Menghadiri kursus dari masa ke masa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran
diri.
5. Tanggungjawab Penyelaras Persatuan/Kelab/Pasukan Badan Beruniform
a. Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan/kelab/pasukan badan
beruniform.
b. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
c. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
d. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pelajar menyertai
persatuan/kelab/pasukan badan beruniform.
e. Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
f. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada
tarikh yang ditetapkan.
g. Menguruskan Buku/Kad Kokurikulum
– mengagihkan kad kokurikulum kepada guru untuk diedarkan setiap tahun pada
tarikh yang ditetapkan.
– Mengumpulkan semula daripada guru tingkatan pada akhir tahun untuk
simpanan dan rekod bilik kokurikulum.
h. Menyediakan borang/buku yang diperlukan untuk aktiviti:
– Borang penyertaan persatuan
– Borang senarai AJK dan ahli
– Buku laporan aktiviti
i. Mengumpulkan rancangan tahunan dan buku aktiviti untuk edaran, rujukan dan
rekod.
j. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian
kokurikulum sekolah.
6. Tanggungjawab Guru Pemimpin/Penasihat
a. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
b. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
c. Memastikan setiap aktiviti di isi dalam fail laporan aktiviti dan buku PAJSK
murid.