TUGAS KHAS
Guru Bertugas 1 [ Guru tugas mingguan ] | Mengendalikan perhimpunan pada pagi Isnin hingga Jumaat Mengawas program bacaan pagi di dewan terbuka |
Guru Bertugas 2 [ Guru penyayang ] | Memastikan keselamatan dan disiplin murid semasa datang dan pulang dari sekolah (pintu pagar A) |
TUGAS UMUM KESELURUHAN
1 | Menyediakan laporan mingguan dan menghantar untuk makluman dan semakan pihak pentadbiran. |
2 | Mengurus murid yang sakit, cedera atau ditimpa masalah lain di sekolah. |
3 | Memastikan perhimpunan berjalan dengan lancar dan mengawal disiplin murid sepanjang perhimpunan berlangsung. |
4 | Mengurus dan menyerahkan kes-kes disiplin kepada guru penyelaras disiplin/PK HEM. |
5 | Memastikan murid membeli makanan dengan tertib di kantin. |
6 | Memastikan tiada murid berkeliaran atau cuba keluar dari kawasan sekolah semasa p&p sedang berjalan. |
7 | Mengendalikan semua majlis yang berlangsung sepanjang minggu. |
8 | Sentiasa membuat rondaan di sekitar kawasan dan bangunan sekolah ,memeriksa tandas, kantin, tempat letak basikal, pondok bacaan, bilik persalinan, sudut-sudut dan stesen alam sekitar, membuat laporan dan memaklumkan sekiranya terdapat peralatan yang rosak/membahayakan murid / perkara yang tidak diingini berlaku. |
9 | Bekerjasama dengan badan disiplin dan pengawas sekolah untuk urusan ”pemeriksaan mengejut” mengikut keperluan. |