- ARAHAN AM
- Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat di dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi peintah am tersebut.
- Guru dan staf sokongan dinasihatkan supaya membaca , memahami dan boleh mentafsir dengan tepat akan kandungan Perintah am dan arahan Perkhidmatan lain.
- Guru hendaklah menghayati tatasusila profesionalisme keguruan dan menjunjungnya sebagai profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan semata-mata.
- Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara.
- Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas.
- Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah.
- Semasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas.
- KEDATANGAN
- Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
- Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah selewat-lewatnya 5 minit sebelum waktu belajar dan menandatangani buku rekod kehadiran / punch card semasa sampai.
- Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberi kenyataan dan sebab-sebab yang wajar. Guru mestilah memberitahu pihak sekolah secepat mungkin kepada Guru Penolong Kanan / Guru Besar.
- Semua urusan peribadi hendaklah dibuat diluar waktu sekolah kecuali dalam kecemasan.
- KELUAR WAKTU MENGAJAR
- Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan Pelajaran dengan syarat mendapat kebenaran daripada Guru Besar/Penolong Kanan.
- Guru dikehendaki mengisi Buku Rekod Kebenaran Keluar Kawasan sebelum keluar.
- Guru dinasihatkan meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar melalui Penolong Kanan.
- CUTI
- Cuti rehat / Cuti penggal
Mengikut surat pekeliling Kementerian Pendidikan (KP(PP)0046 SJ/A(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar.
- Cuti sakit
- Sijil sakit dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi 2 hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
- Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari dalam setahun.
- Cuti sakit melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putusakan dilaporkan ke Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran untuk menentukan pembayaran gaji.
- Cuti Tanpa Gaji
- Mengikut perintah Am Bab C, cuti tanpa gaji boleh dipohon atas sebab-sebab persendirian yang mustahak.
- Cuti tanpa gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis semua cuti rehatnya.
- Kelayakan cuti tanpa gaji ialah melebihi 30 hari tiap-tiap genap tahun pekhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari.
- Cuti tanpa gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun.
- Kelulusan cuti tanpa gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula cuti.
- Cuti rehat khas
- Cuti rehat khas ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.
- Cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar bagi tempoh 7 hari dalam setahun. Cuti yang tidak diambil akan dikumpul untuk ganjaran semasa pencen. Ia tidak boleh dibawa ke tahun seterusnya.
* Sebaik-baiknya sila berbincang dengan Guru Besar untuk kelulusan.
- Cuti Keluar Negeri.
Guru yang hendak bercuti keluar negeri mesti mendapat kelulusan dari Jabatan. Sila isi borang permohonan yang ada di pejabat sekolah selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh cuti.
- SIJIL PENDAFTARAN GURU / PERMIT MENGAJAR / BUKU BIRU
- Semua guru yang mengajar perlu mempunyai permit mengajar yang diperbaharui
setiap tahun.
- Guru mempunyai Sijil Pendaftaran Guru / Buku Biru hendaklah mengemaskinikannya.
- PAKAIAN
- Guru hendaklah berpakaian kemas , sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur.
- Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan.
- Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut pendek dan kemas.
- Guru PJK dikehendakimemakai pakaian yang sesuai.
- Guru perempuan – seluar panjang yang sesuai. Kemeja T / kemaja sukan / baju trek, kasut sukan atau getah tanpa tumit.
- Guru lelaki – seluar trek / panjang yang sesuai. Kemeja T / kemeja sukan / baju trek / jersi, kasut sukan atau getah tanpa tumit.
- Pemakaian ketayap, serban atau berjubah adalah dilarang kepada guru lelaki.
- Guru perempuan pula dilarang berpurdah iaitu menutup bahagian muka.
- PERHUBUNGAN SESAMA GURU
- Guru perlu memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata. Juga dapat wujudkan perasaan kekitaan.
- Guru tidak dibenar mempengaruhi dan memaksa pandangan / fahaman / pendapat / kepercayaan kepada guru atau pelajar atau staf sokongan.
- Pandangan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan perkauman, status sosial, ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.
- BILIK GURU
- Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini termasuklah keselamatan harta benda di dalam bilik guru.
- Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di dalam kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai ”non-teaching period” dan bukan ”free period”. Guru hendaklah menggunakan masa tersebut melakukan perkara-perkara yang berkaitan dengan P&P.
- Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru.
- Guru semasa di bilik guru hendaklah bersama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak menganggu ketenteraman mana-mana pihak.
- PERJAWATAN DAN PENGAJARAN
- Jikalau guru bermasalah dengan bidang perjawatan, sila berurusan dengan
Pembantu tadbir (Pn Yusrin) atau Guru Besar.
- Guru yang bermasalah dalam bidang P&P sila berhubung dengan Ketua Panitia atau Penolong Kanan Pentadbiran.
- TUGAS
- Guru diberi tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum, HEM dan pentadbiran. Guru hendaklah menjalankan tugas dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.
- Apabila diarahkan melaksanakan sesuatu tugas / arahan, guru mestilah mengambil tindakan sendiri. Guru tidak boleh mengarahkan guru lain mengantikan tempat tanpa pengetahuan Guru Besar. Guru yang gagal hadir sebarang kursus , taklimat, mesyuarat yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Perlis mesti menghantar surat tunjuk sebab kepada Tuan Pengarah Pelajaran Perlis dan melalui Guru Besar.
- BUKU REKOD MENGAJAR
- Setiap guru dibekalkan dengan sebuah buku dan bertanggungjawab terhadap keselamatan buku tersebut. Semua butiran perlu dilengkapkan dan disempurnakan dengan teliti, kemas dan menepati kehendak setiap panitia. Buku rekod mesti dihantar setiap hari Jumaat untuk disemak oleh guru Besar / Penolong kanan . Tarikh mula penghantaran ialah pada 18 Januari 2018
- Semua perancangan dan maklumat mestilah dilengkapkan sebelum 1 Februari 2018.
- Jika guru bercuti , buku rekod perlu diserahkan kepada Penolong Kanan.
- Buku rekod mengajar mesti diserahkan ke pejabat sekolah pada hari terakhir persekolahan. Ia adalah dokumen sekolah dan tidak boleh disimpan oleh guru.
- JADUAL WAKTU
- Guru darjah perlu sediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas.
- Guru tidak dibenarkan mengubah tanpa kebenaran.
- Satu salinan jadual perlu diserahkan untuk simpanan Penolong Kanan 1 dan Ketua Panitia.
- JADUAL KEDATANGAN PELAJAR
- Setiap guru darjah akan diberi 1 buku jadual kedatangan. Guru
bertanggungjawab memasukkan maklumat yang diperlukan dan hendaklah memahami dan
mematuhi kehendak-kehendak mengenainya yang tercetak di bahagian dalam kulit
hadapan.
- Jadual kedatangan murid hendaklah ditulis secara teratur , kemas dan ditanda bagi setiap hari oleh guru darjah pada waktu pertama. Sekiranya guru darjah tidak hadir, tanggungjawab akan diambil alih oleh guru yang matapelajaran masa pertama P&P.
- KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
- Semua guru mesti memberi kerjasama penuh dalam menjaga keselamatan harta
benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah mesti dibawa untuk
pengetahuan pihak sekolah.
- Ketua panitia bertanggungjawab memastikan ada peraturan mengenai penggunaan alatan tertentu di bilik-bilik khas.
- KEBERSIHAN
- Setiap guru bertanggungjawab menjaga semua premis di kawasan sekolah serta membimbing pelajar ke arah membudayakan persekitaran sekolah yang bersih dan ceria.
- SURAT MENYURAT
- Semua surat rasmi hendaklah dikirim melalui Guru Besar untuk disampaikan
kepada pihak berkenaan.
- ”Letter head” sekolah hanya boleh digunakan dengan kebenaran Guru Besar.
- SURAT YANG DITERIMA
- Ada surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedarkan kepada guru untuk diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap surat-surat tersebut.
- Jika surat itu ditujukan kepada guru dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada Guru Besar , surat itu boleh disimpannya sendiri setelah mengambil tindakan.
- Jika surat itu ditujukan kepada Guru Besar dan Guru Besar mengedarkannya untuk tindakan guru yang berkenaan, maka guru itu hendaklah mengambil tindakan yang diperlukan.
- PERGI KE JABATAN PENDIDKAN NEGERI
- Guru- guru tidak dibenarkan pergi ke JPN untuk urusan peribadi pada masa sekolah.
- PELAWAT
- Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Guru Besar terlebih dahulu. Guru
tidak dibenar berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual kecuali
kebenaran Guru Besar atau wakilnya.
- Semua pelawat dikehendaki menandatangani buku pelawat.
- MEMBELI BARANG
- Guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran dengan menggunakan nota minta yang boleh diperolehi di pejabat.
- Borang itu mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia / Guru Kanan / Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Guru Besar.
- Semua pesanan yang lebih RM 100.00 mesti dibuat melalui borang Pesanan Tempatan.
- Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok dengan kemas.
- Semua borang Pesanan Tempatan mesti ditandatangani oleh Guru Besar, pembekal dan penerima.
- KEGIATAN KOKURIKULUM
- Semua guru ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur.
- Kecederaan pelajar yang bahaya mesti dilaporkan kepada ibu bapa dan Guru Besar selepas dihantar ke hospital.
- PERHIMPUNAN SEKOLAH
- Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpuanan sekolah pada hari-hari dan masa-masa ditetapkan.
- Guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja berlengan panjang.
- Guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan lagu Negeraku, lagu Negeri dan lagu sekolah.
- Guru-guru bertanggungjawab menjaga disiplin murid dan tugas-tugas yang diarahkan.
- MESYUARAT GURU
- Dari masa ke masa Guru Besar akan memanggil mesyuarat guru. Kehadiran semua guru ke mesyuarat itu adalah diwajibkan.
- Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh guru Penolong Kanan / Ketua Panitia.
- Setiap keputusan yang dibuat dalam mesyuarat guru sama ada atas arahan Guru Besar , guru-guru atau majoriti mesti dipatuhi oleh semua guru walaupun berlainan pendapat.
- BUKU STOK / INVENTORI
- Guru kanan atau Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok /
inventori dan memasukkan maklumat dalam buku stok / inventori adalah tepat,
lengkap dan sentiasa dikemaskini.
- Buku ini akan disemak dari masa ke semasa oleh Guru Besar / Penolong Kanan.
- TANDA NAMA
- Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis
rasmi di sekolah dan di luar sekolah.
- Tanda nama mestilah mengikut saiz yang ditetapkan.
- PENGGUNAAN ALATAN
- Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan.
- Mesti mendapat kebenaran daripada Ketua-ketua bahagian atau Penjaga stok.
- Bertanggungjawb menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta berkeadaan baik. Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta merta dan menggantinya jika perlu.
- ARAHAN DAN PEKELILING
- Setiap arahan dan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangan selepas membacanya.
- Sekiranya arahan dan surat pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam fail khas.
- Sekiranya surat itu dari Kementerian/Jabatan Pelajaran guru hendaklah mengembalikannya dengan segera ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil.
- TELEFON / FAX
- Penggunaan telefon / fax hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru hendaklah menggunakan telefon awam/peribadi atas urusan rasmi.
- KUNCI
- Semua kunci mesti disimpan di pejabat.
- Kalau ada guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu dia mestilah mendapat kebenaran dari Guru Besar. Guru tersebut hendaklah bertanggungjawab terhadap bilik tersebut sepenuhnya.
- ACARA ATAU MAJLIS SEKOLAH
- Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah.
- Jika guru tidak dapat hadir oleh kerana sebab-sebab tidak dapat dielakkan, beliau mesti memberitahu Guru Besar terlebih dahulu.