Kata Alu-aluan Guru Besar

Bismillahhirrahmannirrahim  


                Kata alu-aluan
DARI MEJA GURU BESAR
“SERUMPUN HARAPAN SEGENGGAM ILTIZAM”
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana  dengan taufik  dan hidayahNya kita diberi kekuatan untuk terus berdiri teguh dan melangkah dengan gagah bagi merealisasikan visi sekolah iaitu “Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”.
Sebagai Pentadbir, saya yakin dan percaya seluruh warga pendidik telah berusaha dan akan terus berusaha menjalankan tugas dengan AMANAH dan penuh tanggungjawab bekerja sebagai satu pasukan yang kuat dan padu bagi meningkatkan kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah ke arah bersatu untuk “BERSAMA MENUJU KECEMERLANGAN” dengan tagline sekolah “KNOWLEDGE IS POWER”.
Kesempurnaan pendidikan adalah menjadi tekad kami warga sekolah dengan semangat kerjasama dan pengemblengan tenaga yang padu di samping kepakaran yang sedia ada menjayakan  program-program kecemerlangan  sekolah untuk dilaksanakan.  SK Long Boh diharapakan akan terus berjaya melonjakkan keputusan yang cemerlang dalam setiap bidang bagi merealisasikan kebolehan dan bakat murid. Teruskan tekad, gandakan usaha untuk tahun 2021 dengan harapan SK Long Boh akan terus menempa kecemerlangan.
     Semua guru perlu sentiasa memiliki sikap ingin tahu, suka melakukan perubahan dan
peningkatan prestasi diri ke arah yang lebih meyakinkan. Perubahan seperti ini sememangnya sukar
diperoleh tanpa kesedaran dalam diri masing-masing.Pengorbanan dan tugas guru amat murni. Sekiranya semua guru sedar akan tugas dan tanggungjawab masing-masing, maka akan terlerailah segala masalah yang selama ini menjadi penghalang kejayaan serta kecemerlangan sekolah ini.
 
 “Saya bukanlah orang yang hebat tetapi saya mahu belajar dari orang yang  hebat,
saya adalah orang biasa tetapi saya ingin menjadi orang yang luar biasa dan
saya bukan orang yang istimewa tetapi saya akan jadi orang yang istimewa jika mahu berusaha”

 
Sekian, Selamat bertugas.
 

Sekian, Selamat bertugas.

(AKMAL BT  HJ. MAT RATA)

Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Long Boh,

Jalan Tengku Budriah,

02700 Simpang Ampat, Perlis