- Memberi keutamaan kepada kecemerlangan akdemik seiring dengan usaha mnecapai sifar alsara seterusnya diikuti kecemerlangan disiplin dan sahsiah serta kokurikulum.
- Melatih warga sekolah agar berdisiplin , komited , dedikasi dan sentiasa berusaha untuk mencapai yang terbaik dan cemerlang.
- Mengadakan sistem peperiksaan yang adil , tepat dan PdP yang berkesan dan tiada diskriminasi di mana setiap pelajar mendapat apa yang sepatutnya diperoleh dalam sebuah institusi ilmu.
- Menyertai aktiviti dan program ko akademik dan kokurikulum dengan satu sasaran cemerlang dalam apa sahaja aktiviti yang disertai.
- Kelas, sekolah dan persekitaran yang sentiasa BERSIH , CERIA dan SELAMAT serta KONDUSIF untuk semua warga bagi mencapai kecemerlangan.
- Setiap masalah yang wujud di kalangan warga SKLB akan diambil tindakan dan dicari jalan penyelesaian segera.
- Memupuk semangat cintakan sekolah dan semangat kerja berpasukan di kalangan warga SKLB.
- Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama antara sekolah dengan Jabatan Pendidikan Perlis, PKG, Organisasi Badan Swasta, Jabatan-jabatan lain , masyarakat komuniti, NGO serta PIBG / KSIB sekolah yang berurusan dengan sekolah.